Tuesday, June 29, 2010

PENAWAR KANSER DAN MERAWAT KANSER

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-
masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya
membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Ianya hanya akan dikesan
apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah
pencegahan:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di
dalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser
dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam
sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai boleh
mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan
rawatan radiasi.


6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi
melalui:

a. Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya
dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan
bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.

b. Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan
putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam
bukit.

c. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek
usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya
tanpa gula.

d. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan
daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit
ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan
parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser



rujuk: http://ubatsaya.blogspot.com/2008/10/maklumat-tentang-sel-kanser.html

KANSER DAN KEHIDUPAN

Assalamualaikum..w.b.t...

semoga seluruh umat manusia mendapat berkat dari Yang Maha Kuasa xkira dimana jua anda berada..

satu sorotan untuk dikongsikan sekadar luahan dari seorang insan yg mengidap penyakit kanser..
bagaimana harus tarikan jemari ini untuk aku coretkan pada semua..rasa sedih..mula menguasai diri..berat sungguh duggan ini ku rasa..tp aku harus tabah jua mengharunginya kerana orang2 yg bersabar sentiasa disisi Allah..