Tuesday, June 29, 2010

PENAWAR KANSER DAN MERAWAT KANSER

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-
masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya
membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Ianya hanya akan dikesan
apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah
pencegahan:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di
dalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser
dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam
sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai boleh
mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan
rawatan radiasi.


6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi
melalui:

a. Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya
dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan
bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.

b. Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan
putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam
bukit.

c. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek
usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya
tanpa gula.

d. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan
daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit
ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan
parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser



rujuk: http://ubatsaya.blogspot.com/2008/10/maklumat-tentang-sel-kanser.html

KANSER DAN KEHIDUPAN

Assalamualaikum..w.b.t...

semoga seluruh umat manusia mendapat berkat dari Yang Maha Kuasa xkira dimana jua anda berada..

satu sorotan untuk dikongsikan sekadar luahan dari seorang insan yg mengidap penyakit kanser..
bagaimana harus tarikan jemari ini untuk aku coretkan pada semua..rasa sedih..mula menguasai diri..berat sungguh duggan ini ku rasa..tp aku harus tabah jua mengharunginya kerana orang2 yg bersabar sentiasa disisi Allah..

Monday, June 14, 2010

Piala Dunia jadi penawar trauma mangsa gempa Haiti


PORT-AU-PRINCE - Pihak berkuasa Haiti kelmarin mula menjadikan demam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selama sebulan sebagai terapi untuk memulihkan semangat rakyatnya daripada pengalaman ngeri gempa bumi awal tahun ini.
Menteri Kebudayaan dan Komunikasi, Marie Laurence Jocelyn Lassegue berkata, 137 majlis perbandaran masing-masing menerima dua buah skrin televisyen gergasi dan dipasang di kawasan mereka untuk menyiarkan semua siaran perlawanan.
Di ibu negara Port-au-Prince, pihak misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut bermurah hati mendirikan dua skrin gergasi di stadium utama yang membolehkan 10,000 orang menonton pada satu masa setiap hari.
"Penduduk cuma perlu membayar 10 gourd Haiti (RM0.82) setiap kali datang menonton dan wang ini akan disumbangkan kepada persatuan bola sepak Haiti bagi membantu ahli keluarga pemain yang terkorban semasa gempa itu," kata Lassegue.
Ketua Pengarah Majlis Telekomunikasi Kebangsaan, Marcelin Montaigne, usaha kerajaan membiayai siaran stesen televisyen negara sepanjang Piala Dunia dilaporkan menerima maklum balas positif rakyat kembali pulih daripada trauma gempa.
"Kami juga mendapat bantuan negara luar untuk memastikan liputan satelit televisyen dapat dipancarkan di seluruh negara dan ramai penduduk berasa gembira sehingga berpesta sekali gus menjadi terapi psikologi untuk mereka," katanya.
- Agensi

Sunday, June 13, 2010

::Harga ayam naik mendadak::

                      
KUALA LUMPUR - Bagai sudah menjadi lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.

Kenaikan harga itu sekali gus menimbulkan keresahan di kalangan orang ramai terutamanya mereka yang mahu mengadakan kenduri perkahwinan serta pengusaha kedai makan kerana menambah kos untuk tujuan itu.
Peliknya, pihak-pihak di sebalik industri ayam masing-masing memberikan alasan klise apabila ditanya punca masalah kenaikan harga tersebut
Para pemborong mendakwa, harga ayam telah dinaikkan di peringkat ladang atas alasan kenaikan kos makanan menternak ayam manakala penternak pula memberikan alasan lain termasuk kos pengangkutan yang meningkat.
Persoalannya, mengapa harga ayam tiba-tiba pada musim cuti persekolahan sedangkan kos penternakan ayam pada waktu lain tidak banyak bezanya.
Tinjauan Kosmo! Ahad di ibu negara dan beberapa bandar utama di seluruh negara mendapati harga ayam naik di antara 30 sen hingga RM1.50 sekilogram sejak sekolah mula bercuti pada 5 Jun lalu.
Harga ayam di Pasar Chow Kit dan Pasar Pudu, Kuala Lumpur didapati naik sebanyak 30 sen daripada RM6.70 menjadi RM7 sekilogram ekoran tindakan pembekal menaikkan harga borong sehingga RM6.20 sekilogram.
Seorang peniaga, Anwar Manik, 37, memberitahu, pembekal telah menaikkan harga ayam beberapa sen sejak dua minggu lalu dan 30 sen lagi sejak seminggu lalu menyebabkan dia terpaksa menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.



Dia difahamkan kenaikan harga ayam berpunca daripada permintaan tinggi sejak musim cuti sekolah bermula ekoran majlis-majlis kenduri perkahwinan.
Seorang lagi peniaga, Karyadi Kadok, 39, pula berkata, jualan ayam di kedainya kini terjejas ekoran kenaikan harga tersebut selain tidak menerima banyak bekalan seperti sebelum musim cuti persekolahan bermula.
"Sejak beberapa minggu lalu harga ayam naik sebanyak dua kali dan apabila pembekal naikkan harga, peniaga pun terpaksa naikkan harga jualan untuk tampung kos," jelasnya.

Sunday, June 6, 2010

HIKMAH DITURUNKANNYA ISA 'ALAIHISSALAM, BUKAN NABI YANG LAIN


Dikirim oleh Taufiq Hdyt.


Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA


Sebagian ulama mencari hikmah diturunkannya Isa 'Alaihissalam pada akhir zaman, bukan nabi yang lain. Menurut mereka terdapat beberapa hikmah, yaitu:

[1]. Untuk menolak anggapan orang-orang Yahudi bahwa mereka telah membunuh Isa 'alaihissalam. Lalu Allah menjelaskan kebohongan mereka beserta pemimpin mereka si Dajjal, sebagaimana dijelaskan dalam pembicaraan terdahulu. Dan Al-Hafizh Ibnu Hajar menganggap pendapat ini lebih kuat daripada yang lain. [Fathul-Bari 6: 493]

[2]. Isa 'Alaihissalam menjumpai keutamaan umat Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam tercantum dalam Injil seperti firman Allah dalam Al-Qur'an:

"Artinya : Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, lalu tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lantas menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya."[Al-Fath: 29].

Maka Isa berdo'a kepada Allah agar dimasukkan ke dalam golongan mereka. Lalu Allah mengabulkan do'anya dan mengekalkan kehidupannya hingga ia akan turun pada akhir zaman sebagai pembaharu terhadap urusan Islam.

Imam Malik rahimahullah berkata, "Telah sampai berita kepadaku bahwa orang-orang Nashrani apabila melihat para sahabat yang menaklukkan Syam, mereka berkata, 'Demi Allah, sesungguhnya mereka lebih baik daripada kaum Hawariyyun menurut berita yang sampai kepada kami.'" (Tafsir Ibnu Katsirl: 343). Ibnu Katsir berkata, "Dalam hal ini mereka benar, karena umat (Islam) ini sangat di hormati di dalam kitab-kitab terdahulu dan dalam berita-berita yang beredar." (Ibid). Imam Adz-Dzahabi telah menulis riwayat hidup Isa 'alahissalam dalam kitab beliau Tajriidu Asmaaish Shahaabah. Beliau berkata, "Isa putra Maryam 'alaihissalam adalah seorang sahabat dan seorang Nabi, karena pernah melihat Nabi saw pada malam isra' dan mengucapkan salam kepadanya. Maka dia adalah sahabat yang paling akhir meninggalnya." [Tajriidu Asmaaish-Shahabah 1: 432]

[3]. Sesungguhnya turunnya Isa 'Alaihissalam dari langit karena ajalnya sudah dekat agar dia dikubur di bumi, sebab tidak ada perkenan bagi makhluk yang diciptakan dari tanah untuk mati di luar bumi. Dan turunnya ini nanti bersesuaian dengan keluarnya Dajjal, lalu beliau membunuhnya.












[4]. Beliau akan turun untuk mendustakan kaum Nashara, maka tampaklah kepalsuan dan kebatilan mereka. Lalu Allah hancurkan semua agama pada masanya kecuali Islam. Lalu ia hancurkan salib, ia bunuh babi, dan ia bebaskan pajak.

[5]. Khususiyyah (keistimewaan) Isa dengan semua ini didasarkan pada sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Aku adalah orang yang paling dekat dengan Isa putra Maryam. Antara aku dan dia tidak diselingi oleh Nabi lain." [Shahih Bukhari 6: 477-478, Kitab Ahadiitsil Anbia', Bab Qauli-Lah "Wadzkur fil Kitaabi Maryam"; Shahih Muslim 15: 119, Kitab Al-Fadhaail, Bab Fadhaail Isa 'alaihissalam]


Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling istimewa dan paling dekat dengan Isa 'Alaihissalam, karena Isa lah yang menyampaikan berita gembira akan datang-nya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sesudahnya, dan menyeru manusia untuk membenarkan dan mengimaninya, sebagaimana tercantum dalam Al-Qur'an:

"Artinya : Dan menyampaikan kabar gembira akan datangnya seorang Rasul sesudahku yang bernama Ahmad (Muhammad)."[Ash-Shafat : 6] [Vide: Al-Minhaj Fi Syu'abil Imam 1: 424-425 oleh Al-HuMmi; At-Tadzkiroh oleh Al-Qurthubi: 679; Fathul-Bari 6: 493; dan catatan kaki kitab At-Tashrih bimaa Tawaataro Fii Nusuulil Masiih: 94 oleh Syekh Abdul Fattah Abu Ghodah)]

Dan dalam suatu riwayat disebutkan

"Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, maukah engkau memberitahukan kepada kami tentang dirimu?' Beliau menjawab, 'Mau, aku adalah realisasi do'a Ibrahim dan kabar gembira yang pernah disampaikan saudaraku Isa. " [R.Ibnu Ishaq dalam As-Siroh. Lihat: Tahdzib Siroh Ibnu Hisyam: 45 oleh Abdus-Salam Harun, terbitan Al-Majma 'ul Ilmi Al- 'Arabi Al-Islami, Beirut, Ibnu Katsir berkata tentang isnadnya, "Ini isnad yang bagus. " Dan beliau mengemukakan beberapa riwayat sebagai syahidnya yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Tafsir Ibnu Katsir 8: 136; Musnad Imam Ahmad 4: 127, 5: 262]


[Disalin dari kitab Asyratus Sa'ah edisi Indonesia Tanda-Tanda Hari Kiamat, Penulis Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabl MA, Penerjemah Drs As'ad Yasin, Penerbit CV Pustaka Mantiq]




Sumber : http://almanhaj.or.id/index.php?action=more&article_id=1882&bagian=0

Saturday, June 5, 2010

Hamba Budak Baru Belajar

Saya budak baru belajar kalo salah tolong ajarkan,
kehidupan yg saya alami kini penuh dengan pelajaran dan pengajaran,
maka dengan itu diharapkan semua pengunjung yg melewati atau sempat menyinggah menegur salah silap yg saya lakukan.
akhir kalam, semoga saya dan semua makhluk dimuka bumi Allah ini diRahmatiNya. Aminn..